Saturday, October 2, 2010



Minyak yang diadun berasaskan rempah dan herba yang dimasak dibuat oleh saudara Abdul Malik Jantan (Pak Malik) ini sinonim dengan keupayaan hebat penyembuhan luka dan lecur. Ia dipelajari dari bapa saudaranya Mokhtar Ahmad. Kredibiliti dan testimoni menyeluruh telah tersiar di dada akhbar dan majalah seperti Mastika terbitan Oktober 1998 dan Berita Harian bertarikh 28/12/2001.(Rencana yang diterbitkan membuktikan minyak ini diguna untuk rawatan luka dan lecur yang parah)



Secara teknikalnya minyak yang juga sesuai untuk campuran urutan ini bertindak dengan menyedut haba panas dan air bisa (termasuk darah kotor/nanah) dan membolehkan udara sejuk masuk bagi mengeringkan bahagian yang cedera. Kelebihan penggunaan minyak ini adalah, segera menghilangkan/mengurangkan dan memendekkan tempoh kesakitan , kadar penyembuhan yang cepat berbanding rawatan klinikal biasa dan pemulihan bahagian yang cedera dimana tiada parut malah bulu roma akan tumbuh seperti sediakala. Namun kelebihan ini adalah tertakluk kepada rawatan cepat dan betul. Penggunaan minyak ini juga bersesuaian bagi rawatan “mematikan bisa” akibat semburan dari ular, bagi disapukan kepada bayi bagi mengelakkan angin pasang, buasir dan luka dalam mata.


Minyak ini sesuai disimpan sebagai first-aid kit. Bagi mereka disekitar Kuala Selangor yang berminat untuk mendapatkan minyak ini sila hubungi wakil jualan di e-mail tujuhsifat@yahoo.com atau SMS 019-9518980. Harga sebotol terkini adalah RM9 tidak termasuk kos penghantaran. Bagi yang berminat untuk berniaga/ belian banyak kami berikan harga yang bersesuaian berdasarkan rundingan.
Bagi luka kecil dan ringan luka akan mengering dalam masa setengah jam setelah minyak disapukan iaitu apabila luka dirawat dalam kadar segera atau hampir serta merta. Ia kering sepenuhnya dalam masa sejam hingga sejam setengah. Pemulihan penuh mengambil masa antara 3 ke 5 hari.



Hingga kini terdapat beberapa pautan tentang Minyak ini iaitu di blog
http://teman-niaga.blogspot.com/2009/03/minyak-ramuan-rahsia.html
http://onespringstep.blogspot.com/2009/08/minyak-ramuan-rahsiauntuk-tempahan.html
http:// mamawandiha.fotopages.com/?entry=1884119


*Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pak Malik yang  sudi menerima kami sebagai wakil jualan di Kuala Selangor.

4 comments:

  1. hellooo geng,,, sejak bilo lak kau jual minyak angin ni ??? kau buek sendiri ke ??

    ReplyDelete
  2. Ekou tak baco abeh ko oncu, den jadi wakil jualan jo...

    ni bukan minyak angin, minyak untuk luka....sesuai untuk kito ni ha..asik terluko semedang...haha.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Berapa pertanyaan tentang bekalan di melaka sila kunjungi Caltex di Kelemak

    ReplyDelete